Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat petang semua. Baru berkesempatan mahu menitip sesuatu di blog. Dari pagi kesibukan melanda diri ini. Minggu ini aku agak sesak. Sudahlah suami tiada ke kursus, kereta pula meragam tak sudah. Masalah tangki air. Hari tu dah tukar tapi tak taulah apa yang tak kena lagi dengan kereta tu. Temperature naik lagi.
Isnin tu masih boleh digunakan. Alhamdulillah selamat pergi dan balik kerja. Selasa pagi tergerak nak tengok air. Kering. Bila isi air kemudian hidupkan enjin bunyi sesuatu dari depan. Ermmm memang tidaklah aku nak memandukan. Hari tu fobia kereta berasap. Tak nak aku ambil risiko.
Jiwa kacau keranamu,
Dua hari tidak memandu,
Sampai bila mahu begitu,
Meragam tak jemu-jemu.
Aku Penulisnya,
salams fida,
ReplyDeletedugaan bila suami tiada disisi.....take care laling:)