Teks : Fyda Adim
Foto : FB FK Kreatif
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Salam isnin. Permulaan hari untuk minggu ini. Moga diberikan hari-hari yang ceria buat kita semua. InshaAllah. Mudah-mudahan. Doa yang baik-baik pasti yang baik-baik juga datangnya.
Jumaat lepas adalah ulangtahun kelahiran encik suami. Aku yang ketandusan idea mahu memberikan hadiah tiba-tiba terpandang mengenai FK Kreatif ini di dalam sebuah majalah. Lantas tanpa membuang masa aku whatsapp pada pemiliknya, iaitu Fifi. Dia banyak membantu. Peramah orangnya. Terima kasih sangat-sangat.
Pada permulaannya, spot terjah ni mahu dibuat pada hari jumaat iaitu pada hari lahir asben. Akan tetapi hari rabu tu aku diberitahu asben yang jumaat dia perlu ke Putrajaya. Pagi pulak tu. Dalam hati sudah kalut. Janganlah rosak program. Cepat-cepat whatsapp Fifi beritahu. Kemudian Fifi sarankan buat awal sehari. Okeylah, aku on je.
Jomlah tengok gambar yang diambil semasa hari kejadian. Memang aku nebes. Hahaha. Nasiblah ada kawan opis asben yang jadi orang tengah. Laila namanya. Dialah tempat Fifi riki-riki.
Inilah krew FK Kreatif. Kek, bunga, kad dan belon.
Kad untuk asben dengan ucapan yang telah aku berikan pada Fifi.
Kek yang ada love. Sedap keknya. Lembut. Aku dapat rasa, asben bawak balik sepotong dua.
Krew FK Kreatif memulakan kerjanya.
Membawa hadiah-hadiah mencari orangnya.
Gigih budak ni. Terima kasihlah, dik.
Lagi sikit mahu sampai kepada orangnya.
Surprise!!! Terkejut ke tidak?
Tak percayalah tu. Biar betul bini aku erk? Hahaha...
Betul lah bang.
Kemudian krew nyanyikan lagu happy besday.
Muka laki den tu masih nampak kejutannya. Nasiblah bang.
Kemudian bergambar beramai-ramai. Yang tolong aku jadi orang tengah tu berdiri sebelah lelaki. Itulah orangnya. Apa-apa pun itu sahaja sambutan buat dia. Itu sahaja yang termampu. Pada sesiapa yang bertanya tentang delivery surprise ini bolehlah bertanya pada FK Kreatif atau boleh hubungi Fifi di talian 017-8808251. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
idea yg menarik fida:)
ReplyDelete