Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Salam pagi selasa. Hari ini sudah mula bekerja. Kembali kepada rutin harian seperti biasa. Pagi ini aku terus ke Seri Negeri menjadi urusetia untuk perhimpunan bulanan pagi ini. Selesai mungkin dalam pukul 1100 pagi. Mungkinlah sebab aku tidak pernah lagi menjadi urusetia. Tugasan pagi ini menjadi urusetia pendaftaran. Nantilah aku kongsikan pengalaman pertama menjadi urusetia.
Entri pagi ini aku mahu berkongsi resepi. Jumaat lepas aku cuba buat pizza roti. Pizza menggunakan roti gardenia. Memandangkan abang jebat nak makan ala-ala western untuk makan malam, aku buat keputusan untuk masak pizza. Sekali dapat idea bila mana aku pernah ternampak dekat laman sosial mukabuku, ada seseorang yang berkongsi resepi pizza roti ini. Tengok stok roti pun masih banyak. Apa lagi aku mulakan projek membuat pizza. Mudah dan cepat! Mari tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahannya :-
Roti Gardenia - ikut pada saiz loyang
Sos pasta
Daging kisar - masak seketika bersama lada sulah dan oregano
Sosej - direbus terlebih dahulu
Sayur campur
Lof Daging Ayam
Jejari ketam
Keju mozarela
Chesdale
Parmesan
Mayonaise
Cara-cara membuatnya :
Sapu loyang dengan mentega. Kemudian susun kepingan roti menutupi permukaan loyang. Sapukan roti dengan sos pasta.
Inilah rupa pizza roti setelah siap dibakar. Semerbak baunya. Sedap dinikmati ketika ia masih panas. Kami makan empat beranak sehingga licin. Selamat mencuba pada sesiapa yang belum mencubanya. Memang disarankan korang mencubanya. Boleh dijadikan sebagai sarapan mahupun makan malam. Mudah, ringkas dan cepat. Selamat mencuba! Sekian dan wasssalam...
Aku Penulisnya,
wahhhh .. nmpak sgt sedap tu
ReplyDelete