Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat tengahari. Selamat tengahari isnin. Hari ini cuti sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada hari ahad. Syok tak syok kan kalau dapat cuti umum. Bagi yang bekerja memang heaven. Tersangatlah! Duduk rumah macam-macam kerja yang dibuatnya. Semalam dapatlah vakum dan mop satu rumah. Biasalah bila hari hujung minggu aku dah rupa bibik! Eh memang dalam keluarga pun aku dipanggil bibik oleh anak-anak buah.
Okey, berbalik kepada tajuk di atas. Aku nak menceritakan kisah rabu lepas. Aku cuti tanpa rekod sebab ada peperiksaan KPSL. Erm, peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Harapan itu tidaklah setinggi mana cuma mahu mencari ruang menambah kemajuan dalam diri. Ada tiga kertas dalam peperiksaan tersebut.Dua kertas sudah lulus tinggal satu kertas lagi iaitu kertas undang-undang. Dah masuk tiga kali tak juga lulus. Apa ke payah benor! Tak cukup masa nak menyalin walhal aku sudah bersungguh-sungguh menulis. Fikir yang baik-baik. Belum rezeki aku untuk lulus.
Sehari sebelum sempat membelek buku-buku di atas. Belek je sambil tengok contoh soalan peperiksaan.
Hari itu juga, memandangkan peperiksaan aku sebelah petang aku kena jemput Adriana di sekolah. Kebetulan juga hari tu ayah aku masuk hospital sebab nak masuk kanta.
Si anak teruna ini yang menemani aku pagi itu di rumah dan menjemput kakaknya di sekolah. Tiba-tiba terfikir alangkah bagusnya kalau aku menjadi surirumah. Boleh urus anak-anak. Hari itu sebelum keluar jemput Adriana di sekolah aku sudah siap masak untuk tengahari. Hebat tak? Hahahaha...
Kemudian sebelah petang selepas selesai peperiksaan, kami ke Family Store untuk beli barang dapur. Baru gajikan jadi kenalah beli barang dapur yang sudah banyak habis.
Kemudian ke Giant pula sebab nak beli barang. Anak-anak singgah main benda alah ni. Adriana dengan pink tidak dapat dipisahkan. Itu sahaja cerita rabu yang pelbagai program mengisi seharian itu. Penat tak usah cakap tapi sudah menjadi rutin kehidupan. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..