Friday, August 8, 2014

~Tetamu-Tetamu Syawal~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam 12 Syawal dan salam jumaat. Sudah seminggu lebih kita meraikan Syawal. Hampir masuk ke minggu ketiga Syawal. Masih lagi merindui Ramadhan sebenarnya bulan yang penuh dengan keberkatannya. Mudah-mudahan dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Beralih kepada tajuk, biarlah aku paparkan dulu kisah tetamu-tetamu yang berkunjung ke teratakku Syawal kali ini. Masih belum berkesempatan untuk menceritakan kisah 1 Syawal, bergambar keluarga, ke mana Syawal aku empat beranak. Nantilah. Akan diusahakan untuk mencari masa yang sesuai. Mari aku mulakan.

Hari raya kedua teratakku didatangi keluarga kakak sepupu aku. Aku hidangkan mee goreng. Itu sahaja yang sempat dimasak.

Sebelum pulang, kami bergambar dulu.

Sebelum kedatangan kakak sepupuku, kunjungan kawan-kawan sekolah. Gambar agak kabur. Inipun dapat gambar ini daripada kawanku melalui whatsup.

Ini keluarga sebelah asben.

Ini rakan-rakan pejabat yang berkunjung raya ketiga.

Ini pun kawan-kawan sepejabat.

Mira dengan Hawa. Sebelum balik aku tahan depa berdua bergambar.

Ini malam ahad hari tu. Kawan-kawan pejabat juga. Yang buat peace dengan lelaki sebelah kiri itu kawan satu pejabat. Aku masak soto malam tu. Itu sahaja kisahnya. Ada tetamu lain yang datang tapi tidak sempat bergambar. Terlupa pun iye juga. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

  1. Tetamu yg dtg ke rumah sebenarnya membawa rezeki Fyda. Lagi ramai lagi murah rezeki. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..