Tuesday, August 26, 2014

~Syawal Di JKMN~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Entri kedua untuk hari ini. Mahu melangsaikan entri-entri berkaitan dengan Syawal. Esok kita sudah melangkah ke bulan yang baru. Selamat tinggal Syawal! Ada umur kita berjumpa lagi wahai Syawal. Oh iye, hari ini aku seharian di Kings Green Hotel. Ada seminar di sini. Dapatlah menambah sehari lagi kursus aku yang patut ada 7 hari jumlahnya.

Minggu lepas, pejabat aku Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan pejabat terbuka sempena meraikan Syawal. Tahun ini diadakan agak berlainan. Selalunya diadakan di pejabat sahaja tanpa khemah bagai. Tahun ini digabungkan sekali dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah. Ada khemah, makanan pun pelbagai yang diorder. Ada satay, ada kambing golek tapi aku tak makan kambing. Tengok sahaja dari jauh kambing itu tergolek-golek. Ahakssss...


Ini di sekitar pagi semasa masing-masing membuat persiapan.

Sudah disusun tempat isi makanan.

 Sesi memotong lemang.


Aku makan satay, ketupat dan lemang aje. Kebetulan hari tu tak sedap badan. Nak demam. Makanya tekak pun tak sedap nak telan apa-apa.


Tapi cendol aku makan sekali dua mangkuk. Versi tamak hari tu.

Bergambar beramai-ramai bersama Pengarah Kebajikan Negeri yang sedang duduk di sofa bahagian tengah.

Gaya bebas pula. Seperti biasa gaya aku tetap sama. Hehehe...Itu sahaja kisah Syawal aku. Rasanya ini sahaja kisah Syawal dan entri ini adalah penutup bagi cerita Syawal aku. Dapat juga habiskan tugasan untuk menceritakan perihal Syawal. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..