Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat pagi semua. Selamat pagi ahad. Keletihan edikit hari ini. Semalam berjalan raya dari siang hingga malam. Badan letih, perut sendat. Kikiki. Pagi ini sarapan nasi goreng. Awal pagi bangun dengan lemah longlai. Buat kerja rumah seperti biasa. Anak-anak masih lagi tidur masa tu. Hari ini aku ada tiga orang anak.
Dua orang anak dara ini sedang aku bersilat di dapur mereka muncul. Terkejut mak, nak. Sebelah kiri anak dara aku, sebelah kanan anak dara si Kathy Noo biras aku. Mereka berdua ni memang rapat. Malam tadi sepupu nana ni mahu ikut berjalan. Ajak tidur rumah, dia mahu pula. Itu yang Alya ada di rumah. Kemudian aku kerah dua orang anak dara ini pergi mandi. Ada sahaja topik yang dibualkan mereka berdua. Aku hanya jadi pendengar dan adakala topiknya mencuit hati. Anak oh anak. Sekian entri pagi ini. Bersambung lagi dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..