Teks : Fyda Adim
Foto : FB
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat tengahari semua. Salam pembuka bicara untuk hari ini. Kesibukan dari pagi hingga tidak dapat menyinggah di sini. Oleh sebab sudah berpinar mata, maka terjah sekejap di sini. Terjumpa kata-kata ini dan kata-kata ini sangat terkesan di hati. Terfikir akan sesuatu.
Terfikir tentang kenangan. Pasti ada kenangan manis dan ada juga kenangan pahit. Yang manis biarlah menjadi suatu ingatan yang terindah, yang pahit biarlah dilepaskan pergi. Walau menyakitkan hati mahupun menyedihkan jangan dikenang-kenangkan. Jadikan sebuah pengalaman serta pengajaran untuk mematangkan dan memperbetulkan diri.
Apa yang pasti, pasti ada yang manis akan datang setelah menempuh pelbagai penderitaan. Itu namanya kita diberi dugaan. InsyaAllah, akan ada manisnya. Fikir-fikirkanlah. Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..