Tuesday, July 1, 2014

~WP1 Untuk Ramadhan Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : IG Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Salam 3 Ramadhan buat semua.  Pembuka bicara untuk tengahari ini.  Hari ini baru mula bekerja kerana semalam Melaka masih bercuti sempena awal Ramadhan.  Untuk permulaan hari ini sangat baik.  Dipermudahkan.

Untuk bulan puasa aku pilih WP1.  Masuk jam 7.30 pagi dan akan balik awal setengah jam iaitu 4.30 petang.  Balik awal tu agak heaven tapi pagi nak datang tu agak bercinta.  Lepas sahur pagi tadi paksa mata jangan tidur! Kalau tidur sah-sah ada yang terbabas! Bangun sahur tadi 4.30 dan cuba bayangkan sampai sekarang ni tak lelap mata.  Menguap tak usah cakap.  Tapi tak apa masih bertenaga lagi membuat kerja.  Cuma mengantuk saja.  Berjalan ke depan ke belakang hilanglah mengantuknya.

Sebab apa pilih WP1 untuk bulan posa? Memang setiap kali puasa aku masuk awal.  Sempatlah nak balik masak atau sempatlah nak singgah bazaar.  Tapi untuk dua hari lepas aku belum lagi menjejak kaki ke bazaar.  Masak sendiri sahaja di rumah.  Untuk catatan pagi tadi aku berjaya sampai awal ke pejabat.  Jam 7.15 pagi sudah terpacul di pejabat.  Hebat tak hebat.  Harap boleh dikekalkan hingga ke penghujung Ramadhan.  Itu sahaja.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                     

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..