Wednesday, June 11, 2014

~Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Macam biasalah bila sudah ke petang ni mata memanglah tersangat-sangat berat.  Ya ampun! Tadi lepas makan sempatlah lelapkan mata.  Elok sangat perangai lepas makan tidur ye.  Memang dah tak boleh ditahan-tahan.

Berbalik pada tajuk, siapa tengok drama Kerana Terpaksa Aku Relakan? Ini lagi satu drama yang diadaptasi daripada novel.  Aku baru kebelakangan ini terjebak dengan drama ini.  Pada mulanya rekod aje tapi belum berkesempatan nak menonton.  Tapi isnin lepas tertengok maka memang sudah tak boleh ditinggalkan.  Nak kena marathon balik drama ini.  Sambil lipat baju bolehlah tengok drama tu.

Ini hero dan heroinnya.  Walaupun tak berapa minat dengan heronya nasiblah heroinnya, Izreen Azminda dalam kategori yang aku minat jugak.

SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
Sumber : http://infotaip.blogspot.com
Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
 
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 
 
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Dua watak ini yang boleh buat darahku meluap-luap.  Geram betul dengan si wati dan emaknya.  Emak si Wati ni suka guna ilmu hitam.  Takut tengokkan.  Jadi petang ini seperti biasa aku akan duduk awal di depan televisyen.  Selalu si ammar yang konker tv.  Asyik dengan cerita ultramannya.  Sampai aku pun dah hafal apa yang ultraman tu buat.  Huhuhu...Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                        

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..