Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad
Assalamualaikum...^___^
Selamat petang semua. Pasti semua sudah lunch. Tengahari ni aku tidak ke mana. Hanya duduk di pejabat sahaja. Memandangkan pagi tadi sarapannya nasi putih bersama lauk paru jadi perut ini masih lagi kenyang. Berbalik kepada tajuk, nak cerita sedikit tentang dapurku yang secoet itu.
Taklah havoc pun dekonya. Cuma biasa-biasa saja. Hari itu kebetulan ke Family Store aku belilah benda alah tu. Alah murah pun. Tak ingat harga tapi bawah RM5. Marilah tengok ruang yang aku deko itu.
Nampak tak?
Close up sikit. Kat ruang ini yang aku dekonya.
Tadaa...Inilah wall sticker yang aku beli. Jadilah buat penyejuk mata aku sendiri. Ala-ala bunga sakura kan. Sakura ke? Gigih menampal dengan abang jebat. Terkomot-komot tapi bolehlah. Murah je kut. Bolehlah sambil masak berangan-berangan kan tengok permandangan depan tu. Okeylah, merapu je aku ni. Sekian saja entri mendeko dapur aku yang secoet tu. Nanti aku update lagi pasal dek-deko ye. Wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..