Wednesday, May 14, 2014

~Tengahari Jumaat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mira Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Sudah menjelang mahu pulang baru sempat nak menitip di sini. Hari ini agak blur setelah empat hari di rumah. Syok habis duduk di rumah. Beres kerja harian. Cuba hari kerja memang tak terlayan. Saat kaki melangkah ke rumah cuma terfikir mahu berehat. Menjelang malam tenaga sudah kehabisan.

Okeylah, jumaat lepas masa rehatnya panjang. Tengahari tu keluar cari makan. Jauh sikit perginya aku dan teman-teman. Makan yong taufu di Batu Berendam. Tempat aku makan dengan abang jebat. Sebab sedap bawa pulak kengkawan.


Aku dan CC. Aku pesan coconutshake.


Gelap pula gambar ni.


Inilah Mira Mokhtar. Memang puas hati makan kat sini. Memang akan datang lagi nanti. Suka coconut shake dia. Itu sahaja. Sekian...

Wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..