Monday, May 5, 2014

~Menu Hujung Minggu : Roti Jala Dan Mee Bandung~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Entri kedua menyusul untuk hari ini.  Sambil menyelam minum air gamaknya.  Jangan lemas sudah.  Kebetulan internet ipad ada jadi gunakan sebaik mungkin.  Tidak ada apa yang menarik.  Sahaja mahu bercerita aktiviti memasak aku pada hujung minggu.  Itu sahaja waktu yang sesuai untuk bersilat di dapur.  Hari lain memang ikut masa dan kesempatan.  Apa pun cuba juga masak untuk kami empat beranak.

Sabtu tu bercadang mahu masak sesuatu selain daripada makan nasi.  Asben balik kerja malam.  Katanya tidak mahu makan nasi.  Jadi aku kata kita makan roti jalan dengan kari ayam.  Setuju!  Anak-anak masih lagi tidur, asben pun tidur sebab balik kerja malam.  Aku seorang diri di dapur mengulit tepung dan bahan-bahan membuat roti jala.  Pertama kali membuat roti jala.  Tak berapa nak pandai lagi nak membentuknya.  Jadilah itu asalkan jangan rupa lempeng.  Tapi habis ye asben dan anak-anak makan.  Suka hati! Berbaloi rasanya.

Semalam, masih lagi tidak mahu menjamah nasi.  Mulanya mahu masak mee goreng.  Tapi asben suruh masak mee bandung.  Kebetulan ada perencah mee bandung.  Rencah lain pun ada apa lagi maka terhasil lah mee bandung buatanku.  Itulah kisah masak memasak daripadaku di hujung minggu.    Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


1 comment:

  1. terkenang aida perencah mee bandung yg beli dari member adik. sgt sedap! byk try perencah mee bandung and yg tu yg terbaik!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..