Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...^___^
Selamat tengahari semua. Sudah makan tenghari? Hari ini abang jebat aku kerja 16 jam. Hari ini masak ringkas saja sup ayam. Baru sudah suap anak-anak makan. Hati sedang dilanda kerisauan. Nak cerita pun tak tahu. Biarlah dipendam sendiri. Risau, susah hati, serabut. Huh! Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Dugaan itu sentiasa ada.
Baiklah, nak cerita perihal semalam. Sepatutnya asben kerja petang semalam tetapi dia amik cuti. Malas katanya. Bila dapat cuti setelah ada orang yang sudi menggantikan dia, hati menjerit girang. Bukanlah aku menjerit betul-betul. Dalam hati aje.
Balik dari Family Store tengahari semalam memang tak keluar ke mana-mana. Kemas rumah dan bersantai saja semalam. Kononnya malam nak keluar ke Aeon Bandaraya sekalinya Ammar dah tidur. Perancangan untuk keluar malam tadi terpaksa dibatalkan. Itu yang dapat melayan Anugerah Bintang Popular 2013.
Pembukaan untuk anugerah semalam ada sedikit kelainan. Mawi dan Ac Mizal membuat persembahan.
Pengacara untuk anugerah semalam dikendalikan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro.
Sementara aku goyang kaki di depan melayan ABPBH, abang jebat sibuk bersilat di dapur. Dia yang nak masak dan inilah hasilnya. Makan bihun goreng sambil layan tv. Tiga pinggan sahaja sebab ammar dah tidur. Makan depan tv je.
Dan keputusan untuk Bintang Paling Popular dimenangi Aaron Aziz. Jangan ada orang yang tak puas hati pula bila dia menang. Itu sahaja cerita malam tadi. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..