Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi. Entri kedua menyusul untuk pagi ini. Mahu menghilangkan rasa kemengantukan di dalam diri. Maklumlah puasa hari ini. Jadi mari cuci mata sekejap. Harap dapatlah mengantuk ini beredar. Jumaat lepas, aku ke Romantika lagi bersama teman-teman. Teman-teman itu seperi biasa. Kali ini ke Romantika yang terletak berhadapan dengan Aeon Bandaraya. Jauh sikit perjalanan jumaat lepas.
Ada sahaja benda yang nak dibeli di sini sambil survey harga barang yang belum lagi terbeli. Sabar...Akhir-akhir ini memang diri agak sedikit 'menggila' dengan Romantika. Macam orang angau. Tak dapat beli barang dapat tengok pun jadilah. Huhuhu...Gila tak gilanya aku...
Masuk je kedai ni umpama orang hilang arah. Tidak keruan. Semua perhiasan cantik-cantik. Kalau aku kaya, hari hari hari raya...Bhahahaha...Tak apa perlahan-lahan kita deko rumah yang tidak seberapa. Janji puas hati...
Cantik betul lampu meja tu. Menggoda. Harga yang kecil sahaja sudah mencecah Rm50.
Memang suka tengok corak-corak begini.
Tengok sahaja ruangan ini. Sangat cantik dengan bunga-bungaan. Mahu aku tak sedikit menggila dalam kedai ni. Hasil jumaat lepas adalah beberapa barang yang dibeli untuk diletakkan di ruang tamu. Misi sekarang adalah mendeko ruang tamu yang secoet tu. Ikut bajet yang diperuntukkan. Jadi kenalah beli ikut kemampuan. Itu sahaja cerita jumaat lepas. Akan terjah lagi gaji ini sebab ada benda yang dihajati di sini. Kena beli jugak kali ni kalau tak malam tak lena tidurku. Over pulak...Wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..