Monday, April 28, 2014

~Tiga Perkara Untuk Orang Yang Berkata Jujur~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Selamat hari isnin.  Barulah kesempatan nak menitipkan sesuatu di blog ini.  Entri akhir adalah pada hari jumaat lepas.  Tidak ada mood mahu menulis.  Ketandusan idea.  Macam-macam yang berlaku dek kesibukan rutin harian. 

Nanti akan diceritakan di blog untuk kenangan sendiri.  Jumaat sebelah malamnya berjumpa dengan kawan belajar di Politeknik setelah lebih kurang enam tahun tidak berjumpa.  Sabtunya pula aku ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.  

Dan hari ini untuk entri permulaannya mahu berkongsi tentang kejujuran.  Sejauh mana sikap jujur itu ada dalam diri kita?  Jujurlah sayang, aku tak mengapa biar semua jelas tak berbeda...(Eh ternyanyi pula.  Itu lagu Sandiwara Cinta)

Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.  Renung-renungkanlah.  Jangan hilangkan tiga perkara itu dengan tersilap langkah iaitu berbohong! Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..