Friday, March 14, 2014

~Turbine Ventilator Sudah Dipasang~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Ke mana arah tuju rehat anda? Aku sempat menjengah ke tempat pilihan di hati.  Nantilah aku ceritakan ke mana arah tujuku tadi.  Memang masuk kedai tu rambang mata.  Nasiblah ke sana poket tidak tebal.  Kalau tidak banyak yang menjadi belianku.  Bila poket tidak tebal jadi membeli itu lebih ke arah yang perlu.  Itu yang lebih diutamakan.

Okey, sebenarnya entri petang ni bukan nak cerita ke mana arah tuju aku tadi.  Itu hanyalah mukadimah.  Biasalah, aku kalau tidak ada mukadimah memang tidak sah.  Berbalik kepada tajuk, apa itu turbine ventilator? Korang tahu? Mari tengok...

Hah, itu yang dipanggil nama seperti di atas.  Sudah dipasang beberapa minggu yang lepas.  Apa fungsinya? Salah satunya menyedut mengeluarkan haba panas yang terperangkap dalam bumbung rumah dan menyejukkan suhu.

Itulah fungsinya.  Selain itu, udara dalam rumah lebih segar dan nyaman.  Apa lagi ye?

Dengan adanya ventilator ni keadaan rumah tidaklah sebahang sebelum ini.  Bolehlah...

Setiap bahagian di dalam rumah di pasang ceiling vent ini.  Di ruang tamu, bilik, dan dapur.  Untuk pemasangan ini waktu tu ada promosi rasanya.  Asben pilih yang 20 inci.  Harganya RM1200 untuk 2 unit.  Kalau tak silap aku.  Tapi pada warga Melaka, sesiapa yang ingin memasang ventilator ini, bolehlah berhubung dengan Encik Syahril di talian 018-2531262.  Aku sekadar war-warkan sahaja.  Tidak ada hubungan dengan orang ini.  Hehehe...

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Nanti akan disambung lagi dengan entri yang lain.  Oh ye, pokok-pokok yang dibeli hari tu telah habis ditanam.  Cuma tunggu hasilnya sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

4 comments:

  1. Nak tanya. Selepas pasang turbine ni, ada perbezaan tak?

    Kalau hujan lebat, turbine tu tak dimasuki air ke?

    ReplyDelete
  2. Terbaik size 20inci hasilnya memuaskan utk Rumah standard 20' x 40' kalau size 24' dah tentu sangat memuaskan.beza harga pun tak jauh sangat.

    ReplyDelete
  3. Salam puan.
    Lepas dah lama guna sekarang, macam mana? Udara masih nyaman atau panas balik mcm dulu?

    Kena cuci ke vent kat siling tu?

    Tqia

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..