Teks : Fyda Adim
Foto Carian Google & Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat petang semua. Sudah makan? Aku baru sahaja lepas pekena mee jawa. Kenyang alhamdulilah. Syukur untuk rezeki hari ini. Oleh sebab pagi tadi sarapan sudah makan nasi lemak, tengahari tak makan nasilah. Gitulah. Saja tukar selera. Hari ini bawa bekal untuk sarapan je. Makan tengahari tiada, kenalah makan di kafe kat tingkat satu.
Nak cerita mengenai buaian yang diidam-idamkan. Sejak rumah diubahsuai dan ada beranda yang kecil depan rumah terfikir-fikir nak diletakkan apa di beranda tu. Tiba-tiba terperasan pada satu kedai perabot yang terletak di depan taman perumahan. Aku terperasan akan sesuatu. Tersuka pada buaian yang diletakkan di muka pintu kedai. Saja kan nak buat aku tergoda.
Lebih kurang macam ginilah buaian yang membuatkan aku jatuh cinta. Hahaha...Sejak dari itu setiap kali lalu depan kedai tu, aku sempat mengerling ke arah kedai itu. Iye, buaian itu ada di situ. Masih ada. Dah pasang azam untuk membelinya. Entah bila akan tercapai. Buat masa ini hanya memasang angan-angan. Tak ape, angan-angan tidak perlu dibayar. Tunggu ye, kalau aku dah cukup duit akan aku rembat kamu wahai buaian. Lepas tu boleh berangan lagi.
"Buai laju-laju, aku nak kawin dengan anak raja..."Opsss. Berangan lagi.
Inilah tempat yang mahu diletakkan buaian. Mudah-mudahan tercapailah angan-angan jangan tak tercapai dek akal sudah. Okeylah, itu sahaja cerita kisah buaian dalam angan-angan. Bersambung lagi dengan angan-angan yang lain. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum fida,
ReplyDeletesy ada jugak jual buaian tu.. tp pre-order la.. Harga lebih murah dari pasaran.. aritu tgk dekat home & furniture fair kat jb harga 2x ganda.. terkejut sy tau..
kalau berminat boleh wassap/sms sy 012-7275531.. tq
buaian mcm tu lah yng kak nisah nak tunjuk aritu...
ReplyDeletesaya pun memangg teringin sgt ngan buai ni... tapi kang beli satu... berebut laa pulak.. beli dua fengsannn
ReplyDelete