Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & YouTube
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat petang semua. Aktiviti sepanjang hari ini adalah mengadap laptop. Tidak buat kerja apa pun selain menyiapkan kerja sendiri dan menulis blog. Itu sahajalah. Nak cerita mengenai aiskrim goreng daripada asben aku. Aku pernah dengar pasal aiskrim goreng tapi tak pernah buat sampai suatu hari asben yang buat aiskrim goreng ni. Sedap...
Usai masak terus makan. Mana boleh simpan kan nanti aiskrimnya cair. Aku pernah suruh asben buat berulang kali. Tiba-tiba bagi alasan kalau sendiri buat asyik terbuka je. Alasan orang rajin rupa itu. Sesekali nak rasa air tangan suami pula. Hehehe...
Inilah rupa aiskrim goreng yang dibuat asben tempohari. Sesiapa nak cuba bolehlah sebab senang saja caranya. Bahan-bahan hanya roti dan aiskrim. Itu sahaja. Nak tengok cara membuatnya ada di sini.
Bolehlah cuba buat minum petang waktu santai-santai kan. Selamat mencuba semua. Sekian entri petang ini dan bersambung lagi.
Wassalam...
Aku Penulisnya,
aiskrim goreng nie lg best klu buat sndiri. bleh letak aiskrim perisa apa2 jer.
ReplyDelete