Assalamualaikum...
Selamat tengahari. Hola...Kembali lagi dengan entri kedua untuk hari ini. Tengah datang mood nak menulis di sini. Menghilangkan rasa mengantuk. Berhenti kejap buat tugasan hakiki dan menjengah di sini. Aku rasa hari ini sejuk sangat. Itu agaknya mata ini semakin memberat. Penghawa dingin betul-betul atas aku ni. Memang terasa kedinginannya.
Okeylah, nak cerita mengenai kami empat beranak. Ini kisah rabu lepas. Erm, betul rabu lepas. Seminggu yang lalu. Barulah nak diceritakan hari ini. Rabu lepas, sejurus balik kerja aku dan suami menjemput anak-anak di rumah mak. Seperti biasa. Kemudian masing-masing fikir mana nak makan malam. Suami ajak makan di sini.
Makan roti nan. Iye, kalau kat Melaka tempat yang famous di sini. Restoran Pak Putra. Tak sah kalau tak ramai pengunjungnya. Mesti full house.
Kali ini duduk di meja luar. Dapatlah menyedut udara segar sikit walaupun tak berapa nak segar. Sebab keliling orang hisap rokok. Uh!!
Aku gemar makan ni. Apa ke namanya. Prawn tak tau.. Hehehe
Ayam tandoori wajib ada dikenakan dengan cheese nan. Yummy!
Si hensem boy mama. Orang yang kata. Bukan aku kata. Gegar pulak gambar si boy ni.
Iye, lelaki-lelaki kesayangan saya selain ayah dan adik.
Ini pun kesayangan saya juga. Kuat merajuk minah ni!!Tension maknya. Separuh diriku ada padanya. Tak boleh salahkan dia sebab aku pun kuat merajuk. Bhahaha...Itu sahaja kisah kami empat beranak minggu lepas. Nanti bersambung lagi...Sekian
Wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..