Assalamualaikum...
Selamat malam semua. Holaaaa...Jarang sekali ada entri tengah malam daripada aku ye. Oleh kerana mata tidak mahu lelap, aku menulislah di sini. Apa lagi yang boleh aku buat. Menghadap laptop sambil makan aiskrim. Anak-anak sudah ke alam mimpi. Aku yang do terkebil-kebil sebab tadi dah tertidur sebenarnya. Macam biasa, nak tidurkan anak mak sekali tidur. Hehehehe...
Okeylah, nak kongsikan sesuatu malam ini. Ada sahabat sharekan pada aku di FB. So aku sharekan di sini pula. Aku suka jadikan blog sebagai pengantara. :D
Jangan terlalu baik ye...Nak buat baik biarlah bertempat. Buat baik salah, buat jahat lagilah salah. Terlalu baik dengan orang, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak sepatutnya akan membawa kepada padah. Bila sudah terlalu baik akan bertukar menjadi akrab.
Secara lahiriahnya, kita yang menentukan corak perjalanan hidup kita. Semua bergantung pada niat dan hati kita. Jika memasang niat yang tidak baik akan terpesonglah diri kita. Wallahualam....Sekian dulu entri tengahmalam ini. Ada misi yang perlu diselesaikan...Berjumpa di lain entri...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..