Berdebar-debar jantungku berdebar...Eh..Salah pulak...Assalamualaikum...
Selamat pagidan selamat pagi isnin. Saat sedang menaip entri perut memulas-mulas sebab nerbes. Tiba-tiba tak tahu nervous dalam bahasa melayu. Apa ek?Otak tepu pula pagi ni. Hehehe. Hari ini memang pelbagai perasaan menyelubungi diri. Cuak, berdebar-debar, kecut perut. Eh, tak boleh nak cakaplah. Hari ini ada Audit ISO datang. Jadinya haruslah sebegini rupa.
Hari ini kebanyakan berbaju korporat bukan keparat ye. Penampilan dijaga dari setiap sudut lebih-lebih lagi yang duduk di kaunter. Tempat aku macam biasa je dan aku juga seperti biasa. Jom tengok gambar aku dan kawan-kawan pagi ini.
Ini dia bunga-bunga yang jaga kaunter. Ceria ok.
Ini aku pula bersama Mira Mokhtar. Saje mengacau dia di kaunter. Untuk menghilangkan rasa gementar marilah bergambar. Over uolls..Sekian cerita aku di pagi ini.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..