Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Entri ketiga untuk hari ini. Ini pun sementara mahu menunggu waktu balik. Tengok dalam draf adalah gambar-gambar ni. Berkurun kut nak ceritakan kisah Sabah. Dah sebulan balik tapi ceritanya tak habis jugak. Banyak sangat kekangan dan nak pilih gambar yang paling aku lemah. Jadi perlahan-lahanlah aku cerita di sini. tak cerita sayang pula sebab ini kenangan kami sekeluarga. Harus juga ditulis dan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Ini kesinambungan cerita daripada entri INI. Masih lagi di hari kedua di Sabah. Selepas mengambil udara segar di tepi Pantai Tanjung Aru, kami bergegas pulang ke AKMAL sebab sebelah malam mahu makan bersama kawan asben di Restoran Gayang. Aku memang tak tahu apa-apa. Ikut je mana asben bawak. Tapi aku kenal kawan asben aku ni. Kawan masa dia study di UMS. Aku pernah jumpa masa dia datang Melaka. Masa kawan asben, Helen ni datang aku tengah berpantang bersalinkan adriana.
Oklah, panjangnya mukadimah entri. Jomlah tengok gambar kita orang menghabiskan masa di restoran ini menikmati makanan laut yang enak belaka.
Ini masa baru sampai. Mahu pilih-pilih dulu. Teruja tengok udang besar-besar. Memang jakun habis aku di situ. Anak-anak jangan ceritalah.
Tengok tu. Memang segar-segar makanan lautnya.
Udang yang telah dimasak butter.
Aku dan anak-anak. Tengok ammar yang tak reti duduk diam. Aku risau dia tertonggen kat ketam tu. Risau-risau mak poyo bergambar.
Oleh sebab asben tahu aku peminat tegar pada mr crab ini memang haruslah dia belikan untuk aku. Kalau tak aku nyanyi batu belah batu bertangkup..
Lihatlah makanan kami malam itu. Syurga makanan, makan sampai termengah-mengah.
Sekali lagi aku dan anak-anak bergambar. Gambar ketika kami makan memang tak sempatlah nak diambilnya. Masing-masing sedang menikmati dengan penuh seleranya.
Sebelum pulang bergambar dulu dengan Helen. Itu sahaja ceritanya untuk kisah aku di Sabah untuk hari kedua. Ada tiga hari lagi punya cerita yang masih lagi di dalam draf. Mampukah aku meneruskan cerita itu. In sha Allah akan aku habiskan juga. Tunggu...Sekian dulu bersambung lagi...
Wasssalam...
murah-murah kat seafood kat sana. akk pon peminat tegar ketam tu.. wajib order bila makan..
ReplyDeletemai aii.. sedap nyer. menyelerakan.
tengah rajin blogwaking.