Monday, December 23, 2013

~Expresi Dirimu @ A Famosa~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Again!!Aku mula kembali lagi di sini.  Untuk bercerita.  Ermm...Cuba mengupdate apa yang patut untuk dicoretkan di sini sebagai kenangan pada masa akan datang untuk aku dan juga asben nanti.  Kisahnya sabtu lepas opis aku ada buat ala-ala family day.  Aku saja ajak asben.  Dia nak pula ikut apa lagi aku pun bagilah nama pada urusetia.  

Jadinya aku ke sana empat beranak.  Seronoklah bila asben nak join sekali.  Ada orang lain yang tak bawa family.  Kalau asben tak ikut aku memang malas nak pegi.  So kenalah bayar sendiri untuk asben dan anak-anak.  Dalam pukul 8.15 bertolak dari rumah.  Ikut high way walhal nak ke Alor Gajah je.  Sampai sana tepat jam 9 pagi.  Berkumpul di depan sementara tunggu yang lain sampai.

Kami sudah sampai di sini.

Tiket masuk untuk aku.
 
Three of us.  Kakak nana jadi photoG.  Nasib dah boleh diharap.

 
Dapatlah mama dengan papa bergambar berdua.

Kakak nana yang sangat aktif dan celoteh!

 
Ammar yang cool!Semua buat gaya peace!

 
Selesai sesi daftar kami masuk ke dalam.  Mula-mula sarapan dulu.

Ini semua officemate.

 
Sebelah kiri seperti biasa Mira Mokhtar dan sebelah kanan PM.  Bukan Perdana Menteri ye tapi Puan Mardiana.


Kami bergambar bertiga pula.  Ini pun kakak nana yang tolong ambilkan.

Inilah tempat untuk ambil makanan.

 
Mama dan anak-anak.

Papa dan anak-anak.

Asben yang snap picture ni.

Alahai tengok tu.  Berialer bawak botol mineral.

 
Ini masa main permainan gelung.

Dan yang ini paling tak tahan.  Aku join tarik tali.

Selesai permainan acara bagi hadiah dan tukar-tukar hadiah.  Kemudian aktiviti bebas.  Aku empat beranak pergi mandilah.  Tak ada gambar sebab semua ke kolam.  Seronok dok dalam pelampung asben tolak.  Ngeee...

Last picture, ini sudah mau pulang.  Selesai salin baju dengan bilik persalinan yang ramai tu.  Padat tol.  Kemudian terus balik tapi dalam perjalanan singgah kedai cermin mata nak amik kanta ayah aku.  Esok ayah aku nak operate mata.  Doakan supaya semuanya berjalan lancar.  

Oklah, nanti aku cerita kisah semalam pula mengenai anniversary aku dan asben yang ke tujuh tahun.  Sambut simple-simple saja laki bini.  Dapatlah aku buat kek sebiji setelah lama tidak membaking.  Later okay ceritanya.

Sekian...Wassalam...






                                                                                                          

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..