Monday, December 16, 2013

~Bertiga Di Aeon Ayer Keroh~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Nak cerita kisah hari jumaat lepas.  Aku, Kak Nisah dan Mira Mokhtar menghabiskan waktu rehat kami di Aeon Ayer Keroh.  Saja bawa Kak Nisah sebab nak raikan besdaynya khamis lepas.  Tak bawa ke mana pun hanya makan di food court.  Agak lama juga kita orang tak keluar bersama.  So hari tu ambil kesempatan bertiga.

Jomlah tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika itu.

 Ini dia si mira.  Awat muka hang sedih saja?

Aku makan yee mee claypot.  Teringin bebenor tekak ni.

 Ini pula Kak Nisah.  Kak Nisah memang tak makan pelik-pelik itu yang kita orang ke food court je.

Ini gambar yang dicilok dari IG Mira Mokhtar.  Credit to mira mokhtar.  Lepas makan sempat singgah kedai roti beli pizza.  Sedap rupanya pizza tu.  Aku beli satu je.  Oleh sebab tak cukup makan jumaat tu aku ajak asben ke Aeon Bandaraya semalam.  Nantilah cerita di entri lain ye.  Sekian dulu...

Wassalam...








                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..