Assalamualaikum...
Selamat pagi sabtu. Ini adalah entri autopublished. Ketika entri ini keluar aku sudah pun berada di Sabah. Tanggal tarikh hari ini aku genap tujuh tahun berkhidmat di Welfare Department. Aku cuma mahu berkongsikan mengenai hari ini. Pejam celik sahaja masa berlalu. Kira lama juga aku sudah di Kebajikan. Mungkin perlukan perubahan yang lain.
Aku bersama Mira. Kawan dengan orang muda kena berlagak muda. Ahaksss.. Ini versi tak sedar diri.
Aku dan Kak Nisah. Aku beza dengan Kak Nisah enam tahun. Perbezaan umur tak dijadikan alasan untuk kami terus berkawan.
Apa-apa pun setakat tujuh tahun ini masih banyak yang perlu aku pelajari. Aku masih baru lagi dengan bidang ini walaupun aku hanya kakak kerani di situ. Banyak perkara manis di situ walaupun kadang terselit pahitnya. Walau apa pun aku masih lagi dihadirkan dengan teman-teman yang baik. Adanya Kak Nisah yang banyak berkongsi kisah suka duka bersamanya selama tujuh tahun perkenalan kami. Dan juga Mira Mokhtar yang baru sahaja dua tahun perkenalan kami tetapi kami serasi walaupun aku tua dan dia muda lapan tahun daripada aku. Semoga perkenalan singkat kita akan berkekalan sampai bila-bila walaupun kita akan berpisah suatu hari nanti.
Semoga aku dapat meneruskan apa yang aku cita-citakan selama ini. Buat mira dan kak nisah selamat maju jaya juga buat kalian. Sekian...
7 tahun..bukan masa yang singkat fidah..semoga terus maju jaya dear..wish u luck..:)
ReplyDeleteberkhidmat apa sajalahkan.. syiokjer akak tengok orang keje gomenni..
ReplyDeletepsttt baju kak nisahtu macam baju akakler...
satu tempoh msa y lama tu..
ReplyDeletetahniah fida..
dan..selamat bcuti ye
ReplyDelete