Selamat pagi isnin. Tiga hari aku menyepi dari alam maya ini. Mencari sesuatu yang masih dicari-cari. Kita tidak akan sesekali menjangka apa yang Allah aturkan buat kita. Adakala kita tersangat gembira dan adakala sebaliknya. AturanNya bukan pilihan kita. Kita sebagai hambanya perlu menerimanya dengan hati yang tenang.
Apa yang berlaku menjadikan aku lebih tenang dari sebelumnya. Lebih mendekatkan diri denganNya. Jangan risau Allah tuhan kita. Pasti Allah akan membantu setiap kesulitan. Tuhan yang maha kasih sayangNya.
Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun pada mulanya hati mula tidak keruan menjadikan bukan diri sebenar. Aku percaya sejauh mana kejahatan akan bermaharajalela. Biarlah Allah yang membalasnya.
Setiap yang berlaku banyak mengajarku. Belajar menjadi diri sendiri, lebih berhati-hati dan mungkin akan lebih berdikari. Yang paling penting aku semakin mendekatkan diri denganNya. Mungkin selama ini aku terlalu alpa. Kita sebagai manusia sering terleka dan mudah lupa diri. In Sha Allah...Mudah-mudahan akan ada jalan kemudahan atas setiap kesulitan yang diberikan kepadaku.
inshallah..setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya
ReplyDelete