Sunday, November 17, 2013

~Hampir 3 Bulan Dapur Tidak Berasap~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Dah masak untuk makan tengahari tak?Hari ini tak masak sebab mahu keluar mengukur jalan.  Hehehe. So memang tak masak.  Nanti masak siapa nak makan.  Semalam seharian di rumah memang aku siapkan makanan untuk asben dan anak-anak.

Setelah hampir 3 bulan dapur tidak berasap, kuali digantung sampai pernah tidak ada tong gas di rumah akhirnya semalam aku kembali merasmikan dapurku.  Kembali kepada tugas ala-ala chef di rumah.  Chef buat asben dan anak-anak.  Semalam masak apa yang asben minta.  Katanya tak mahu makan nasi.  Baikkk...SYMP. :D

Ini untuk sarapan.  Roti telur dan kentang goreng.  Alhamdulillah kenyang sementara mahu makan tengahari pula.

Makan tengahari aku siapkan lasagna, fettucini goreng dan popia ketam berkeju.  Simple aje.  Asben mahu makan lasagna.  Aku buatlah seloyang untuk dia.  Makanlah sampai ke malam.  Maka dengan ini dapurku kembali berfungsi seperti sediakala. D

Sekian dulu.  Cerita di Sabah akan menyusul nanti.  Gambar banyak.  Malas betul nak pilih.  Tunggulah bila datang kerajinan itu.

Publish!






                                                                                                                    

2 comments:

  1. welcome back ...mmg sedap..buka selera I ols je tau..hehe

    ReplyDelete
  2. akhirnya... berasap kembali dapur kat rumah tu erk.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..