Raya ketiga dinanti-nanti sebab menunggu kedatangan tetamu dari JB. Makcik-makcikku dan sepupu-sepapat datang ke Melaka untuk beraya. Tahun lepas kita orang ke JB sebab nenek di sana dijaga oleh makcikku. Tetapi memandangkan nenek sudah balik duduk di Melaka, itu mereka ke Melaka pula. Begitu kisahnya. Aku ajak dia orang datang ke rumah aku supaya aku senang nak berkemas nanti. Tak payah buat kat rumah mak.
Hari tu aku buat puding roti, nasi lemak dan juga cocktail. Mak aku masak rendang ayam, sambal sotong dan lontong. Aku memang suka kalau orang datang rumah boleh masak-masak yang aku retilah. Ok, jomlah tengok gambar sepanjang kunjungan mereka ke rumah aku. Memang seronok bila jumpa ramai-ramai. Bukan selalu.
Ada separuh lagi yang kena makan di bawah.
Meja makan kecik. Itu yang tak cukup kena beli meja makan besar sikit ni.
Mereka sedang menjamu selera.
Sepupu aku yang bertudung pink baru sampai sebab dia dari rumah mertuanya di Ayer Hitam.
Ayah aku dan adik iparnya.
Selepas makan sesi berbual-bual.
Memang meriah.
Ini apa kerjaan dua orang ni?Gyiyomi!!
Sebelah hujung mak aku. Yang tiga orang ni sepupu aku dan mereka adik beradik!
Kanak-kanak bermain-main di luar.
Sebelum balik mari kita bergambar.
Sekali lagi. Memang suka moment ini sebab bukan senang nak berkumpul beramai-ramai.
Memandangkan masa raya pertama tak sempat bergambar, maka inilah gambar kami untuk raya tahun ini. Sempat berpakaian rupa ini aje. Tak apa janji ada untuk buat kenangan.
Sekian..
lom habis cite raya lagi ke kak oi..hehehe
ReplyDelete