Rasanya ini last cerita mengenai Syawal. Kang ada pula yang sound aku "kak fida, tak hbais-habis lagi ke cerita pasal raya?" Suka hati akulah. Hehehe...Jangan marah orang berkenaan. Memandangkan dok belek-belek dalam folder syawal 2013 masih ada lagi gambar raya. Haruslah aku cerita kut buat renungan aku di masa akan datang.
At least nanti aku ingat apa yang terjadi pada syawal 2013 ini. Itu je motifnya. Nak cuci gambar-gambar yang diambil memang taklah. Rasanya dah lama aku tak cuci gambar. Nantilah ada masa nak jugak cuci gambar family kita orang.
Jom tengok gambar.
Ini raya keempat rasanya. Budak-budak ni main bunga api belakang rumah. Rindunya dengan lelaki berbaju biru itu.
Bergambar dengan family asben. Cuba teka siapa yang tak ada dalam gambar ni?Masa ni dia tengah tidur.
Aku dan anak-anak buah. Dari kiri Afiqah, aku Alfidah dan Amirah. Anak-anak buah aku yang aku sayang sejak mereka lahir.
Penambahan orang di dalam gambar ini adriana dan juga kakak sepupu aku, Kak Wati.
Ini masa kat rumah biras aku. Sehari sebelum suami aku terbang.
Keluarga kecil kami. Tunggu bulan 11 ni kami akan kembali berempat.
Sekian...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..