Siapa tengok drama bersiri ini?Sila angkat tangan!!Aku mengikuti jugak cerita ini sebab ada Tizz Zaqyah. Drama ini baru sahaja ditayangkan di Astro HD bagi menggantikan drama bersiri Dahlia yang sudah pun berakhir.
So far tengok drama ini sudah tertarik. Baru tengok sampai episod tiga je pun. Episod lain aku just rekod dan belum sempat tengok. Tunggulah hujung minggu nanti. Drama ni adaptasi daripada novel juga.
Pelakon utama Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syafiq dan Nabila Huda. Apa-apa pun sama-samalah kita tonton perjalanan drama ini hingga ke penghujung. Aku memang peminat tegar drama melayu. Nak-nak kalau pelakon dia best-best. Lagi jadi tegar. Hehe...
Sinopsis JIMK
“Kita tidak akan
dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta
mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah
telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial.
Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang
menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap
mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang
saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah
untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya
seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri
mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai
bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah
akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran
seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
Inilah rupa novel JIMK. Dah masuk dalam list nak beli novel ni. Kena beli ni. Hobi baru aku katakan.
Sekian..
Sumber gambar : google
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..