Tuesday, August 27, 2013

~Doa Menghilangkan Rasa Sedih~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Semoga pagi ini semua gembira-gembira sahaja.  Jangan ada perasaan sedih di dalam diri yang akan menganggu jiwa dan emosi anda semua.  Harapan yang tinggi buat diriku juga.  Ada sahabat aku yang menyuruh aku mengamalkan doa ini ketika berasa sedih.

Alhamdulillah, perasaan itu dapat diatasi walaupun sesekali menerjah.  Amalkanlah jika kalian sedang dilanda kesedihan.  InshaAllah...




Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasal, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353) 

Sumber :  http://rhenniemarantika.blogspot.com/2013/04/doa-menghilangkan-rasa-sedih.html







                                                                                                         

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..