Selamat tengahari selasa!!Kejap dah selasa. Hari-hari aku akan menghitung hari dan kalendar akan menjadi sahabat baikku ketika ini. Hehehe...Apa-apalah kan. Layankan jelah entri aku ni. Cerita syawal masih belum habis diceritakan. Banyak nak dikongsikan dan untuk tatapanku akan datang. Akan tetapi...
Syawal kedua kami biasa-biasa saja. Hari tu keluar sebelah petang memandangkan suamiku balik kerja malam memang dia kena tidurlah. Lepas solat jumaat baru siap-siap nak keluar. Balik rumah mak aku sebab nak pergi rumah nenek aku.
Dari rumah nenek aku balik kampung suami pula untuk ziarah atoknya. Kemudian kita orang balik sebab esoknya aku kena bangun awal-awal pagi sebab ada tetamu dari johor mahu datang.
Bergambar di depan rumah mak.
Ini masa di rumah nenek aku tapi aku terlupa nak bergambar dengan nenek aku. Nenek aku dah sakit. Dia terlantar je sekarang ni. Tahun bila ek aku ada bergambar dengan nenek aku masa raya tahun bila ek. Jap aku tengok. Gambar nenek aku ada kat SINI. Itulah nenek aku beberapa tahun yang lepas.
Ammar merajuk membawa diri.
Kami di rumah pak andak sebelah asben.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..