Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Kejap dah hari khamis kan. Esok sudah jumaat. Lepas tu kejap je dah buka sekolah. Bermulalah kembali rutin harian seperti biasa. Bangunkan adriana, keluar awal dari rumah, hantar adriana ke sekolah bla..bla..bla..
Entri pagi ni aku nak ceritakan mengenai sahabat pena. Sahabat pena yang dijalinkan hanya di facebook. Berjumpa dari memasuki pertandingan ebook dan seterusnya menjadi sahabat atau kenalan. Ada di antara sahabat pena ini yang dijadikan kawan 'chatting' di facebook. Berkongsi cerita dan bertanyakan pendapat mengenai minat yang sama.
Nasiblah sahabat pena ini ada yang tidak kedekut ilmu langsung untuk berkongsi segala info tentang minat yang sama. Ada yang sudi memberi tunjuk ajar serta pendapat. Apa yang penting kata-kata semangat daripada sahabat pena ini yang membakar semangat untuk meneruskan minat ini. Harap-harap dipermudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..