Selamat pagi ahad. Bangun je pagi ni bau asap. Oh tidak!!!Sangat-sangat tidak selesa. Rasanya sejak jumaat jerebu di Melaka makin teruk.
Pagi ni bangun tengok luar rumah. Inilah keadaan di luar rumah. Apalah bacaan ipu untuk hari ini. Lebih merisaukan lagi bila dalam rumah pun bau asap. Bilalah nak kembali normal?Mungkin ini dugaan buat kita semua. Semalam tengok matahari pun berwarna oren.
Bersambung lagi...
terperanjat akk bila sampai melaka kelmarin tengok keadaan teruk sangat2...kesian org melaka
ReplyDelete