Thursday, June 13, 2013

~Bawak AdrianaAmmar Gunting Rambut~

Assalamualaikum...

Selamat petang. Wah laju-laju update blog dengan beberapa entri untuk hari ini.  Ahad lepas, sehari sebelum buka sekolah aku bawak anak-anak aku Adriana dan Ammar ke kedai gunting rambut.  Rambut nana memang sudah lama aku simpan hasrat untuk pendekkan.  Sebab bila suruh ikat rambut dia banyak sangat alasannya.

Nak dia ke sekolah kemas, aku pun pendekkan rambut dia.  Memang dulu berhajat nak simpan rambut dia panjang tapi lupakan sajalah hasratku itu.  Mari tengok gambar mereka berdua ketika di kedai gunting rambut.

Menunggu turn.

Memang dah biasa gunting kat kedai auntie ni di flat seri siantan bukit baru.

Lepas si kakak, turn adik pula.  Baik pula ammar kali ni gunting rambut.  Tak adalah aksi-aksi mencabar daripada ammar.

Tengok ni.  Behave je ammar.  Kalau tak mahu menjerit.  Entah apa yang ditakutkan sangat bila bawak gunting rambut.  Takut gunting ke atau takut dengan ornag yang menggunting?Lain kali datang kedai auntie ni je sebab ammar okey je.

Inilah wajah terbaru adriana setelah berambut pendek.  Maknya bergambar suka buat gaya cam ni, anaknya pun  sama.  Winkkkk...

Dan akhir sekali gambar my hensem boy.  Yeahhh ringan sudah kepala saya.  Hehehe...Sekian dulu entri mengenai anak-anak saya.  Saya??Opsss versi tulis sopan gitu..

To be continue...






                                                                                                         

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..