Friday, April 5, 2013

~Johara Pagi Era~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!!Pagi jumaat yang penuh keberkatan.  Jumaat pertama untuk bulan yang baru iaitu bulan April.  Pagi ni keluar rumah memang awal sebab asben keje pagi.  Sekarang memang keluar rumah awal.  Pukul 6.30 pagi sudah keluar rumah.  Paling lewat pun lagi 10 minit nak pukul 7 pagi.  Keluar rumah sebelum sang mentari muncul menyinari hari.

Setiap pagi ketika memandu aku akan dengar radio.  Itu memang satu kemestian.  Kalau tak aku boring bila memandu tanpa radio.  Tak bersemangat langsung.  Hikhikhik.  Stesen radio kegemaran sudah semestinya Radio Era.  Dengar celoteh mereka bertiga memang menggelikan hati.  Lebih-lebih lagi Johan.  Dengar dia gelak pun dah rasa kelakar.  Mau ketawa guling-guling rasanya.  Nak-nak kalau dengar masa sketsa tu.  Lagilah tak menahan geli hati.

Masa drive boleh pulak ketawa sorang-sorang.  Jangan dikatakan gila sudahlah.  Korang pulak suka dengar stesen radio mana?Mana-mana pun tak kisah janji seronok dan kita tak stress ketika memandu.  Betul tak?Ke aku yang salah?Okeylah, sekian dulu entry pagi ini.  Bersambung lagi...







                                                                                                                     


3 comments:

  1. akak sekarang gi keje naik motor tak lerh dengarler radio...

    ReplyDelete
  2. aida ni retro. dgr sinarfm hi hi hi... dulu2 memang tegarrr dgn era. but after pagi di era diorang tukar nana la, adi la terus jadi tak minat. beralih arah ke sinarfm dan terus melekat!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..