Monday, April 15, 2013

~Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah~

Assalamualaikum semua...

Hari ini aku kembali semula ke dunia blogger ni setelah beberapa hari meninggalkannya kerana sibuk memfokuskan diri terhadap sesuatu. Fokuslah sangatkan. Last sekali aku menulis di sini khamis lepas. Kemudian diri sibuk terhadap beberapa perkara setelah kembali sihat.

Buat warga Melaka, hari ini adalah cuti umum bagi orang Melaka kerana menyambut sempena hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Nasiblah hari ni cuti dapatlah aku merehatkan diri yang begitu kepenatan yang amat sangat. Penat ke?

Aku tidak ke mana-mana rasanya hari ni. Hanya duduk di rumah merehatkan diri bersama anak-anak memandangkan encik suami baru balik kerja malam. Marilah kita fikirkan mau masak apa untuk makan tengahari nanti. Jom terjah dapur.

Akhir kata, selamat bercuti buat warga Melaka dan selamat bekerja buat yang tidak bercuti hari ni. Saya mahu ke dapur untuk menyiapkan hidangan buat 3A saya. Bersambung lagi nanti atau mungkin bersambung esok. Nak cerita mengenai pengalaman aku menghadiri audition sabtu lepas. :D







                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..