Tuesday, April 16, 2013

~Audition Kotex Memberku - Erti Kawan~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua. Korang dah lunch?Aku belum lagi. Malas nak makan. Boleh tak kata gitu?So berbalik kepada tajuk di atas. Aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku sabtu lepas. Satu pengalaman yang sangat-sangat best.

Aku ajak kawan-kawan aku join peraduan ini. Kebetulan masa balik dari kerja aku terdengar iklan mengenai peraduan ni di Radio Era kalau tak silap aku. Balik rumah war-warkan kepada mereka. So decide nak join. Saje suka-suka.

Dan selasa lepas dapat call daripada Kotex mengatakan kita orang disenarai pendek. Lompat bintang!!Heee. Then dia orang hantar email dengan video untuk kita orang practice menari. Aduh!!!Menari okey. Tiga hari berhempas pulas menghafal step untuk menari. Uwah uwah.

Dan tiba hari yang dinantikan. Kami bertiga bertolak ke KL setelah mendapat keizinan daripada suami serta mak ayah. Bertolak naik bas jam 10.30 pagi.

Inilah bas yang kami naiki ke KL. Setelah sekian lama aku sudah tak naik bas. Ni baru naik bas ekspres balik. Teruja okey tapi ada orang tu lagi kesian sebab pestime naik bas ekspress. Heeee. Jangan marah orang berkenaan.

Sebelum naik bas, kena bergambar dulu. Tema kami biru. "Keyakinan Bersama". Yakinlah sangat-sangat kan?

Kan dah kata orang ni teruja naik bas.

Samapi TBS dalam jam 12 tengahari. Terus amik tren untuk ke Kelana Jaya.

Menanti dengan penuh kesabaran.

Bergambar di dalam tren. Masa ni orang sudah tak ramai. Itu yang boleh bergambar.

Pose di mana2.

Aku dan adik ipar.

 Jenuh cari bangunan ni. Naik bas untuk sampai sini. Memang mencabar betul.

Kami sudah sampai. Samapi je kami diber t-shirt Memberku Hawa. Disuruh tukar.

Okey, di sinilah ujibakat akan dijalankan. Ramainya orang. Aku dah nerbes masa ni. Sebelum tu adalah sedikit penerangan dan tunjukajar.

Group pertama sudah muncul. Group kita orang yang keempat. Kaki dah ketar. Sampai turn kita orang memang nekad je jadi kental. Fuh lega sangat bila dah sudah. Lepas habis perform tu ada pulak sesi interview. Sudah tentu2lah adik ipar aku yang jawab. Heee...

Settle. Barulah boleh tersenyum ceria.

Aku dan mira mokhtar.

Masing-masing menunjukkan goodies bag.

Inilah bangunan tempat kami audition. Segan tol nak sebut audition.

Ini antara peserta yang untuk slot sama dengan kita orang.

Kami bertiga yang sudah berada di situasi lega.

Masing-masing muka kepenatan.

Sampai TBS terus terjah food court.

Mahu mengisi perut sebelum naik bas untuk pulang ke Melaka. Ada masa 1 jam untuk makan.

Tiket bas yang sudah dibeli jam 8 malam. Selamat tinggal TBS. Kita orang sampai Melaka dalam pukul 9.30 malam. Waduh kepenatan, kaki sakit. Segala-galanya sakit. Kalau tak sebab asben suruh pegi memangler aku tarik diri. Heeee.

Dan inlah yang kita orang dapat dalam goodies bag tu. Apa-apa pun terima kasih KOTEX. Pengalaman yang best untuk kami bertiga hari tu. Sangat enjoy!!!Semoga kita akan setia berkawan. Erti kawan yang selalu bermain-main lagunya di benakku buat masa ni.






                                                                                                                    

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..