Assalamualaikum.
Entry kedua untuk hari ini. Untuk makluman, entry-entry untuk hari ini
aku dah taip semalam dan aku buat autopublished ye untuk hari ini. Bukan diupdate di
ofis. Kang ada pula orang kata aku ni tak buat kerja ke?Asyik nak
update blog. Biasalah kan, orang suka mencari kesalahan orang lain
walaupun orang itu tak pernah kacau hidup mereka.
Okey, sebelum aku membebel berjela-jela baik kita terus pada topik yang sepatutnya. Hari tu, aku ada menghadiri Forum Peranan Wanita Dunia Melayu Dunia Islam Dalam Pemerkasaan Jati Diri Remaja di Auditorium Seri Negeri. Aku dan beberapa officemate lain ke sini untuk mendengar tentang forum berkenaan. Berlangsung dari pagi hingga ke petang dalam pukul 2 petang.
Habis lambat menyebabkan kami kelaparan. Makan pagi tak kenyang itu yang kelaparan yang amat sangat. Aku dah rasa tahap menggigil. Bila time lunch, dia orang edar nasi ayam terus je makan. Nasi jelatah pun daku telan sebab memang dah tak boleh tahan. Layan pictures pula.
Forum sedang berlangsung ketika ini.
Waktu ini CM sedang berucap untuk majlis penutup.
Antara wanita-wanita yang hadir.
Inilah di antara wanita yang hadir. Heeee. Aku bergambar dengan cc.
Kemudian bergambar dengan Kak Nisah pula.
Motif gambar ni. Aku pun tak tahu. Tengok jelah.
Saje-saje snap.
Latarbelakang mengenai forum ni. Memang bestlah forum ni nak-nak time Ustazah Zawiah memang segar bugar mata ni. Best dengar ceramah yang disampaikan olehnya.
Aturcara majlis.
Last sekali majlis penyampaian sijil. Habis je forum ni aku terus balik rumah setelah mendapat kebenaran untuk pulang. Nasib boleh balik rumah, kepala pun pening, berpusing-pusing, badan dah mula berangin sebab dek kelaparan. Balik rumah baring jap sebelum menjemput anak-anak. Itulah cerita beberapa minggu lepas dan aku sudah punya 3 hari hari berkursus. Lagi empat hari je. Huhuhu...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..