Friday, January 11, 2013

~Semalam Malas, Hari Nie Rajin~

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat.  Hari yang penuh keberkatan.  Semoga kita penuhi hari ini dengan perkara-perkara yang baik untuk diri sendiri mahu pun pada orang lain.  Hari ini baru datang sedikit kerajinan untuk menulis di blog ini.  Tak rajin pun tapi memaksa diri untuk update jugak.  Semalam penyakit 'M' memang bermaharajalela di dalam diri aku.  Nasiblah aku masih boleh fokus kepada kerja di ofis.  Paksa jugak diri aku untuk buat sebab kalau layan sangat 'M' nie memanglah tak jadi orang aku semalam.  Tak jadi orang, jadi apa erk?Heeee.

Aku pun tak tahu kenapa aku jadi malas semalam?Ke memang hari-hari memang malas.  Heeee.  Sejak buka sekolah nie, memang aku tunggu-tunggu hari untuk berhujung minggu.  Sekarang masa untuk update di rumah memang agak terhad time weekdays.  Mana tidaknya, malam kena siapkan banyak kerja untuk diri sendiri dan anak-anak untuk keesokan harinya.  Nak iron baju, nak kemas beg, nak ajar nana, nak layan ammar dan macam-macam lagi yang naknya.  Memang letihlah.  Letih, mengantuk, itulah, inilah semua adalah.  Lengkap satu pakej penat!  Tepat pukul 10 memang dah suruh adriana masuk tidur supaya esoknya dia senang nak bangun.  So, hari ini dah jumaat memang sedikit lega sebab esok adalah hari sabtu!!Yeahhhhh..Hari untuk beristirehat di rumah.

So hari ini silalah pergi penyakit 'M' aku nie.  Janganlah nak bertapa lama-lama.  Tak kuasa nak melayan hokey...Sekian...





                                                                                                                     

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..