Salam dan selamat pagi selasa...^-^
Hari ini aku
cuba untuk tersenyum melalui hari-hari yang aku rasa semakin
membosankan. Bila aku berada di opis saja perasaan ini timbul. Kenapa
erk?Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Huih!!
Malam
tadi, masa aku dilalui dengan rasa bosan, sunyi, sepi dan sewaktu
dengannya. Sudah tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Semalam balik
kerja aku tinggal sendirian. Asben keje petang dan pulang lewat
malam. Anak-anak??Sepi tanpa mereka lagi di sisi.
Mereka
berdua terpaksa ditinggalkan di rumah mertua aku sehingga hari rabu.
Sebab?Mak aku tak sihat. Tak ada orang nak jagakan dia orang. So, aku
terpaksa hantar anak-anak ke rumah mertua. Bukan sengaja nak tinggalkan
mereka tapi keadaan terpaksa. Siapa yang nak anak-anak tak ada depan
mata. Sudah semestinya tak ada siapa yang nak bukan?Samalah dengan aku.
Sunyi!!!Itu
jealah yang dapat aku katakan. Semalam aku isikan dengan pelbagai
aktiviti untuk diri sendiri. Mengemas apa yang patut dan akhirnya aku
mengadap pc dan menaip!!
Anak-anak mama, mama sunyi yea
korang tak ada. Cepatlah esok!!!Sekian entry pagi ini yang penuh
emosi. Aku yang emosi..korang jangan beremosi pagi-pagi nie. Tak baik
untuk kesihatan!!
mesti rindu kan............
ReplyDeletekan? walaupun dorang suka bg kita kerja tpi dorg juga yg kita rindu..
ReplyDelete