Kembali lagi untuk menulis di blog ini. Sebenarnya dah lama nak buat entry mengenai resepi oreo cheesecake ini. Hari ini dan petang ini baru kesempatan untuk aku mempublishnya. Sebenarnya dah lama aku tidak membaking. Sekarang nie masa aku snagat-sangat terhad dan kesuntukan. Kalau baking pun untuk di rumah saja. Order buat masa ini aku belum amik. Rehatlah..
Sementara nak tunggu balik kerja boleh korang tengok-tengok resepi ini. Aku dah taip malam tadi, petang nie cuma autopublish saja. Entry aku banyak yang autopublished sebab bila dekat opis memang tak boleh nak update. Kat rumah pun kena tunggu anak-anak tidur baru boleh update.
Jom tengok resepinya.
Inilah rupa oreo cheesecake hasil kerja tanganku. Buat makan sendiri bolehlah.
RESEPI OREO CHEESECAKE
Bahan Untuk Dasar:-
- 300 gram keping biskut oreo (buang cream tengahnya) - kisar halus
- 75gram butter - cairkan.
- 500 gm cream cheese jenama Philadelphia
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan sour cream (aku guna yogurt perisa asli)
- 2 biji telor - buang tali pusatnya
- 15 keping biskut oreo yang dicincang halus
Base
:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang
yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:-
- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
- Masukkan sour cream dan pukul sebati.
- Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
- Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Aku gunakan api atas bawah. Selepas 45 minit, guna api bawah dan aku tutupkan permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.
- Bila sudah masak jangan keluarkan dahulu daripada oven. Biarkan dalam setengah jam dengan pintu oven direnggang sedikit.
- Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam atau semalaman. Boleh dihiaskan dengan jem kegemaran atau buah-buahan seperti peach atau strawberi.
i like!!!
ReplyDelete