Monday, December 10, 2012

~Mula Bertugas Di Opis Baru~

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin.

What a lovely monday.  Hope so.  Hari ini dengan rasminya akan mula rutin harian yang baru untuk setahun akan datang dan paling lama 2 tahun untuk mengadap rutin harian yang baru ini.  Seperti yang telah diceritakan asben aku kena tukar ke opis yang lain dan hari ini adalah hari pertama dia bertugas di opis barunya.  Semoga happy di tempat yang baru.

Tempat baru nie oklah dekat dari rumah.  Taklah jauh bebenor seperti opis lamanya di Kuala Linggi tue.  Nun jauh di sana.  Cuma yang tak best opis baru nie asben aku akan bertugas secara shif.  Nak tak nak kena terima cara kerjanya.  Redha itu lebih penting.  Hari ini shif yang pertama adalah shif pagi.  Mula bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang kang.  Dan akan masuk shif malam pula malam nanti yea dari pukul 11 malam hingga 7 pagi.  Begitulah kerjanya nanti.  Aku dan anak-anak seperti biasalah.  Rutin harian yang berubah aku yang akan menghantar anak-anak aku sekarang waktu pagi.  Kalau dulu asben aku hantar ke rumah mak, aku yang jemput masa balik.  Sekarang tidak lagi.  Semua buat sendirinya melainkan waktu off day asben.

Bersyukur sangat-sangat kerana aku sudah boleh memandu dan sudah berkenderaan sendiri.  Kalau tidak susah untuk aku dan jugak asben.  Jenuh nak mengatur macam-macam hal dan jadual harian kami mesti lintang pukang.  Boleh ke aku handle seorang diri bila asben shif malam? InyaAllah, boleh.  Hanya seorang saja yang selalu aku jadikan semangat untuk aku sebab asben dia pun kerja shif.  Nak tahu siapa dia??Kak Nisahlah...Asben dia pun kerja shif.  So kalau dia boleh takkan aku tak boleh kan.

Oklah sudah membebel yang sangat panjang pagi nie.  Tebgok jealah gambar selingan di bawah ini.  Nak jugak letak gambar.  Bagi aku, entry tanpa gambar nie membosankan.  So aku cilok gambar nie dari folder gambar asben.

Ini gambar terbaru asben.  Dia dengan spec memang tak dapat dipisahkan.  Sabajelah...Sekian dulu entry pagi ini.







                                                                                                                   

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..