Sunday, December 23, 2012

~Jumaat Di Opis~

Assalamualaikum...^-^

Kembali lagi untuk menulis dan bercerita di sini.  Kisah jumaat lepas di opis, waktu lunch hour.  Jumaat kan masa rehat panjang.  So macam-macam aktiviti yang boleh aku lakukan.  Aku memang lebih suka dok di opis kalau tak ada nak ke mana-mana.

So, aku keluar kejap dengan Mira Mokhtar ke Mydin.  Mencari makanan untuk kami tengahari itu.  Cadangnya nak tapau jea.  Jimat masa di situ.  Sebabnya aku nak cari sandal baru untuk gantikan sandal aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.  Memang sudah perlu diganti lain.  Selepas mendapat sandal, aku pergi ke MPH Bookstore untuk mencari novel.  Yeahh dapat juga apa yang aku cari untuk hari itu.

Balik opis tengok drama dan makan!!

Aku layan drama Cinta Halal.  Kelakar jugak drama nie.  Drama komedi cinta.  Ketawalah aku sorang-sorang depan pc nie.

Sambil layan drama sambil makan.  Aku beli tauhu bakar.  Sedap yea hingga menjilat jari kaki.  Ops salah.  Tak jilat jari pun sebab makan guna garpu.  Harganya 2 keping tauhu bakar RM4.  Versi tamak beli sekali 2 keping.  Termengah-mengah nak menghabiskannya.  Aku beli dekat stall luar Mydin.  Tukar selera pulak.

Itu sajalah cerita jumaat aku yang boring.  Tapi taklah boring sangat.  Aman sikit kan waktu-waktu macam nie.  Oklah sekian. 






                                                                                                                         

1 comment:

  1. kitorg kalau hari jumaat jer, laju jer hilang dari opis.. hehe.. takleh la nak duk diam kat opis. ada jer nak gi memana..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..