Assalamualaikum dan selamat pagi rabu. Dah rabu kan?Hati tenang pagi nie sebab malam tadi anak-anak sudah balik rumah. Malam tadi jugak aku jemput anak-anak di rumah mak mertua dek keran tidak tahan lagi apabila mereka tiada di rumah.
So, pagi ini aku nak ceritakan kesedihan aku mengenai laptop aku. Akhirnya terpaksa akur yang laptop aku tidak boleh digunakan lagi. Sedih, kecewa dan pasrah. Di saat-saat genting macam-macam benda yang berlaku dan memerlukan duit untuk menggantikannya. Rosak akibat terkena petir. Bila cuai inilah jadinya. Tapi apa boleh buat bila sesuatu perkara nak terjadi. Laptop yang telah banyak tahun berjasa kepada aku. Laptop inilah tempat aku mengisi lapangku dengan dunia blog. Apa-apa pun blogging tetap di hati.
Inilah laptop aku dalam kenangan. Tak boleh nak betulkan lagi sebab motherboard rosak. Nasib gambar-gambar dalam laptop nie dapat diselamatkan. Kalau tak lagi aku sedih. Sebabnya banyak gambar-gambar kita orang. Tak haru kalau tak dapat diselamatkan. So lepas nie kalau kilat, petir ke sila cabut suis yea. Peringatan untuk diri sendiri!!!
So bila tiada laptop rasa macam tak senang duduk. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Hehehe. Macam orang putus cinta dibuatnya. Merengek-merengek dengan asben suruh beli laptop lain. Akhirnya sabtu lepas, asben aku ajak pegi kedai komputer kat Bukit Beruang. Inilah kedainya. Sebenarnya bukan aku jea yang tak boleh tanpa laptop tapi laki aku pun sama. Itu yang dia gigih beli jugak. Bukan sebab rengekan aku yea. Hahhhh...
Dan akhirnya setelah membuat keputusan dan bersepakat yang berkali dan sudah berpuluh kali memikirkan perkara dan masalah ini, kami tidak membeli laptop. So kami membuat keputusan untuk membeli komputer sahaja dengan alasan-alasan kami tersendirian berhad. Senang hati aku. Janji ada komputer yang boleh aku menghabiskan masa di sini. Walaupun aku ada tab tapi nak jugak online dengan komputer. Rasa tak puas bila online atau update blog melalui tab. Terhad jea rasanya. Terkial-kial pun iye jugak. Itulah kisah aku dan laptop. Selamat tinggal laptop!!!
Nota kaki>>>Dalam masa nak berjimat duit, nak menyimpan macam-macam perkara berlaku yang memerlukan duit. Duit oh duit!!!
mmg bahaya klu time petir ni,umah ya dulu piring astro,tv pernah gak kena sambar petir...pasni mmg akan cabut plug
ReplyDeleteAkak pun ada plan nak beli pc kat bukit beruang..hehe...brp hrg dia ya..post sikit detail pasal komp br....
ReplyDelete