Assalamualaikum...^__^
Kembali lagi untuk mencatatkan sesuatu di sini. Baru balik dari Mydin. Lunch di sana bersama mira mokhtar again!Kami makan nasi ayam again!Heeee. Dari semalam dah kita orang memang dok kata nak makan nasi ayam. So hari ini melepaskan hajat anak tekak sendiri.
Erkkk. Alhamdulillah. Kenyang sekali. Dah makan mestilah kenyang betul tak?Kalau tak kenyang macam membela pulak rupanya. Heeee. Bila perut sudah kenyang mata pun mulalah bagai digam-gam. Ini yang aku cuba menulis di blog ini. Eh bukan menulis tapi menaip.
Ok, berbalik kepada tajuk di atas nak tahu apa yang berlaku tadi?Dua kejadian mengenai telatah manusia. Telatah kot erk kalau macam tue. Aku tak tahu nak labelkan orang-orang itu tadi. Tapi ianya berlaku depan mata aku. Satu mata aku dan satu lagi mata mira mokhtar. Faham tak?Heee..Ok jom aku teruskan bercerita.
Kejadian yang pertama adalah seperti di atas. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan. Aku ke tempat barang basah untuk membeli udang dan sotong. Konon nak masak esok. Itu yang beli sebab dah plan nak masak apa dengan 2 makanan laut itu. Lepas dah amik udang dan sotong aku beratur nak timbang. Then datang orang belakang aku dan potong aku letak barangnya dulu. So dia blah. Ok mungkin dia tak perasan. Aku ke tempat sayur then amik kacang panjang dan apa erk tadi dah lupa. Lepas tue pi tempat nak timbang memang tengah ramai orang beratur. Aku pun beratur dan alih-alih datang orang yang sama tadi potong queue lagi. Muka tak bersalah ok. Kesian budak depan aku dia dok tolak troli dia ke depan tapi orang tue still letak sayur-sayurannya and then blah. Ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Aku tak tahulah samada dia nampak tak orang lain beratur. Oklah itu perkara kecik kot bagi aku. Saje berkongsi cerita. Kita pegi ke cerita kedua yang telah disaksikan oleh mira mokhtar sendiri.
Seee. Apa yang gambar nie tunjuk sudah cukup membuatkan semua orang paham. Lepas dah settle kita orang ke kaunter untuk bayarlah kan. Memang ada beberapa orang di depan kita orang. Nampak si polan nie dah letak barang-barang dia di kaunter. Dia selang sorang jea depan kita orang. Aku pulak mata dok melilau ke lain. Rupanya mira mokhtar memerhatikan si polan nie. Heee. Antara barang yang aku nampak si polan letak kat kaunter adalah pencuci muka safi. Bila dia settle bayar sekali mira mokhtar bersuara dia kata si polan tue amik balik pencuci safi bila cashier tengah kira-kira. Si polan tue campak balik pencuci safi tue dalam bakul mydin yang dia pegang. Tapi dia tarik jea bakul tue. Bila settle bayar dia amik beg plastik yang dia bayar tue dan kemudiannya dia amik pencuci safi tue dan terus masukkan dalam beg plastik dia. Sambil tue mira bercerita kat aku tentang kelakuan si polan dan si polan ke tempat keluar. Nak keluar kat mydin kat ada jaga dia tunggu nak cop resit bagai. Masa si polan tue berdiri kat exit tue scanner berbunyi. Aku kata kat mira hah tue scanner dia bunyi. Panggil scanner kan?Hentam jealah erk. Tapi sudahnya si polan tue berjaya meloloskan diri. Huihhhh. Mungkin jaga tue tak perasan sebab dia dari kaunter kan. Mesti fikir semua dah bayar. Memang terrorlah si polan tue.
Aku dan mira mokhtar masih terpingga-pingga denga kejadian tadi. Bila tengok kejadian yang kedua tue macam tak logik pulak. Setakat pencuci tue kan. Ish masih pelik lagi nie.
Itulah cerita yang nak aku kongsikan di sini. Jauhkanlah kita dengan sikap-sikap yang tidak baik dalam diri ini. Aminnnnn..Sekian, wassalam.
Sumber gambar dari google.
pencuci muka safi xdelah mahal sgt kan...? kot ye pun nak buat dosa, agak2lah sikit...xberbaloi...
ReplyDelete