Monday, December 31, 2012

~Cerita Hari Sabtu~

Kembali lagi untuk mengarang di sini.  Heee.  Teringat waktu sekolah suka tulis karangan.  Nak cerita untuk hari sabtu lepas.  Aku kerja sabtu lepas.  Rajin tak?Oh tak adalah maknanya nak rajin.  Kalau tak kenangkan sistem tue memang aku tak datang.  Baiklah aku berguling-guling di rumah.

Aku datang opis yang awesome tue dalam kol 10.30 pagi sebab aku tunggu kawan aku bukak pintu opis.  Datanglah aku ke kerja untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.  Berpinar-pinar mata.  Nasib sistem laju.  Kalau tak mau aku hempuk komputer tue.  Eh tapi bukan salah komputer.  Heee...

Sistem HRMIS nielah yang aku buat.  Tension yea.

Update cuti dalam sistem.  Nak tunjuk meja yang bersepah.

Dalam masa tengah kerja, aku sms SIL aku.  Aku ajak pi tesco sebelah petang.  Aku perlu berjalan-jalan.  Hari sabtu pun aku rasa stress.  So mari kita berjalan-jalan.  Tak shopping pun tak apa.  Kita window shopping jea.

Ini masa kat tesco.  Masa nie ammar terlelap kat dalam troli.  Steady jea tidur masa duduk.  Terlentok-lentok dia.  Ammar memang senang jea kalau nak tidur.  Itu pun tidur pun boleh jea.  Ikut sapalah erk?Maknya atau apaknya.:D

Ini dua anak dara dok troli lain.  Tengoklah si nayli tue.  Muka dia dah macam dalam kartun tue.  Apa nama kartun tue?Aku dah lupa namanya.

Bibik nak bergambar dengan budak mengantuk nie.

Apa kes pulak anak dara dua orang nie.  Masa nie dah keluar bayar barang kat kaunter.  Aku pi beli barang.

Dia sudah kembali segar setelah tertidur tadinya.

Tengok nie.  Dia orang dah boringlah nie menunggu aku lama bebenor.

Ini aku!!SIL aku yang snap.  Masing-masing dah boringlah tue.  Aku kat guardian tunggu nak membayar.

Lepas dah settle singgah beli roti kat bakery dalam tesco jugak.  Siap hantarkan sosej pada asben kat opisnya.  Saja gatal nak buang minyak kete.  Lepas tue balik rumah..Tunggu asben balik kerja.  Itulah saja kisah untuk hari sabtu yang aku habiskan masa bersama anak-anak tersayang.





                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..