Ini entry sebab teruja yea. Bukan nak show off bagai. Baru RM100 jea pun. Kalau cecah empat angka tak apalah jugak. Ini seratus jea pun. Kecohnya kau nie. Hehehe..Aku terujalah sebab ini paling banyak yang aku dapat sejak berblog nie.
Selalunya paling banyak RM70 aku dah cash out duit tue. Tapi yang ini aku masih bertahan lagi. Tak nak cash out dulu. Nak tunggu sampai cukup bulan nie. Hati berbunga-bunga. Aku tahu orang lain dah cecah beratus-ratus dan mungkin beribu-ribu. Blog aku nie blog biasa jea. Kalau dah dapat macam nie pun dah cukup bersyukur. Sekurang-kurangnya adalah hasil daripada aku berblog nie walau aku menulis di blog secara sambil-sambil dan ikut mood.
Dah berangan kalau cash out duit nie boleh pi shopping. Dapat beli tudung ke, baju ke atau sandal pun ok gak kan. Kita tunggulah apa hasilnya dengan duit ini. Itu jealah cerita mengenai akaun nuffnang aku. Bila nampak amaun yang terkumpul nie semangat sikit nak update blog selalu. :D
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..