Wednesday, November 28, 2012
~Hari Terlebih Rajin~
Rajin ke ko nie?Hehe. Hari nie jea pun yang rajin nak bangun awal dan masak sebab nak bawak bekal. Nasib tak hujan lebat. Kahhhh. Ok tak lawak. Hari nie cubaan untuk masak pagi then boleh bawak bekal ke kerja. Jimat sikit kan Dah janji dengan mira mokhtar dia bawak makanan untuk pagi aku bawak untuk lunch. Inilah bekalan aku. Ada 4 bekas tapi satu bekas nasi dah bagi mira mokhtar. Macam nak pi berkelah jea. Ingatkan nak bawak mangkuk tingkat jea tapi beria nau pulaknya. Tak tahulah sampai bile rajinnya aku nie pun. Aku masak sambal ikan bilis petai. Petai pemberian kawan. Pastue aku masak sayur goreng. Itu jea pun. Simple jea. Kalau nak masak tak simple mahu aku tak pi keje. Habis pun mira mokhtar makan. Terasa diri begitu dihargai. Hikhikhik. Aku paksa dia habiskan. Yelah penat ahkak masak pagi tadi. Tak abis memanglah nak kena. Itu jealah ceritanya. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..